Saturday, 23 July 2011

Jenis Penilaian BMM 3103


Terdapat beberapa jenis penilaian,antaranya ialah:

1.Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina olehguru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk  pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.


2.Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk ujian sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

3.Ujian Kefasihan

Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dtpelajari.  Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. Ujian kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.


4.Ujian Kemajuan

Ujian kemajuan mempakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka

5.Ujian Bakat

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini muricl-murid akan menggunakan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa.

6.Ujian Pencapaian

Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Sedikit maklumat penting mengenai jenis penilaian...

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Term of Use

BMM 3103 BMM 3117 Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon blogger template for web hosting Flower Image by Dapino