Saturday 23 July 2011

Teori Huraian Bahasa BMM 3117


Teori Huraian Bahasa
Terdapat banyak teori bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik semasa dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis. Teori-teori ini berbeza antara satu sama lain kerana ia dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat ketika zaman itu. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran. Penerangan ini untuk menentukan bahan pengajaran dan prosedur mengajar. Bahan dan prosedur pengajaran inilah yang digunakan untuk menyampaikan tajuk atau isi pelajaran. 



Oleh hal demikian, guru-guru perlu arif tentang sifat-sifat bahasa yang diajar dan bagaimana bahasa berfungsi seperti yang dihuraikan pleh ahli-ahli linguistik teoritis. Antara teori-teori huraian bahasa ialah teori tradisional , teori struktural, teori fungsional, dan teori Transformasi Generatif.

1.Teori Tradisional (Panini)

Kajian bahasa secara tradisional mula diterokai oleh orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Plato (ahli falsafah Yunani), telah mengkaji bentuk bahasa mereka sendiri melalui daripada bahan-bahan penulisan mereka. Pada ketika itu bahasa menjadi salah satu cabang ilmu falsafah yang penting. Oleh hal demikian, kajian-kajian mereka dibuat berasaskan falsafah. Selain itu, bahasa juga merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Kajian orang Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa yang ada pada masa itu, contohnya penggolongan kata kerja, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Kajian bahasa ini dilanjutkan oleh orang Romawi, Arab dan India. Orang Romawi mengkaji bahasa Latin, sarjana-sarjana Arab menjalankan kajian terhadap bahasa Arab dan pendeta-pendeta India seperti Panini pula menghuraikan bahasa Sanskrit. 

2.Teori Struktural (Bloomfield)

Aliran linguistik struktural ini bermula pada kurun ke-20. Ahli-ahli linguistik yang menganuti aliran ini terdiri daripada Ferdinand de Saussure, Leornard Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward Sapir. Mereka telah memfokuskan aspek penghuraian struktur bahasa di dalam pengkajian mereka. Mereka berpendapat bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Tugas utama pengkaji ahli bahasa ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur berasingan. Hal demikian kerana, asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri.

3.Transformasi Generatif  (Chomsky)

Teori ini muncul dalam tahun lima puluhan yang merupakan aliran baharu selepas aliran struktural. Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori ini telah dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam buku Noam Chomsky yang bertajuk Syntatic Structures pada tahun 1957 dan buku Aspects of the Theory of Synax pada tahun 1965.


Teori tradisional dan struktural mempunyai beberapa kekurangan, oleh hal demikian, wujudlah teori generatif ini. Generatif membawa maksud menerbitkan iaitu bermula dengan unsur-unsur yang terhad kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Manakala transformasi pula bermaksud menukar atau mengubah, iaitu menulis semula. Kesimpulannya, ia membawa makna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.
 
4.Teori Fungsional (Halliday)

  Teori Fungsional ini telah berkembang pada tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli bahasa yang terkenal menganut fahaman teori ini ialah Halliday. Ahli-ahli bahasa ini mengkaji bahasa dari segi strukturnya dan juga memberi perhatian kepada fungsi bahasa. Pada pendapat mereka, fungsi bahasa dalam masyarakat amat penting dan menegaskan bahasa sebagai alat berkomunikasi. Kajian bahasa ini menumpukan kepada struktur iaitu bentuk-bentuk bahaa dan juga perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuknya semasa seseorang itu berkomunikasi. 


Insyallah..
En Amir Hamzah.......
Jabatan Pengajian Melayu IPGKDRI

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Term of Use

BMM 3103 BMM 3117 Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon blogger template for web hosting Flower Image by Dapino