Saturday, 23 July 2011

Teori Pemerolehan Bahasa BMM 3117


Teori Pemerolehan Bahasa


Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu. Sama ada bahasa pertama atau pun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi setelah melalui beberapa proses yang sistematik. Pemerolehan bahasa pertama terjadi ketika kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bagi kali pertama. 



Jikalau kanak-kanak itu menguasai satu bahasa, kanak-kanak itu disebut ekabahasawan. Sedangkan, jika kanak-kanak itu memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya kanak kanak-kanak itu disebut dwibahasawan.






1.Teori Behaviourisme (Bloomfield)

Teori behaviourisme atau mekanis lebih menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental. Aliran ini dipengaruhi oleh teori-teori dan ilmu psikologi. Hal ini berketepatan dengan dapatan kajian ahli-ahli behaviouris bahawa bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik pada sekitar tahun enam puluhan ialah psikologi.

Ahli-ahli behaviouris berpendapat bahwa terdapat hubungan yang rapat antara rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul atau positif akan diulang dan diulang sekiranya dapat ganjaran. Gerak balas yang diberi dengan penugah positif akan diulang dan diulang seterusnya akan membentuk kebiasaan atau pelaziman. Mereka berpendapat bahawa bahasa adalah proses perilaku atau tingkah laku, iaitu hasil operasi stimulus atau rangsangan dan respon tindak balas yang bergantung semata-mata kepada ciri-ciri naluri yang ada pada manusia. 

2.Teori Mentalis (Chomsky)

Ahli-ahli pemikiran yang terlibat dalam teori ini ialah Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff, George Miller, D.Slobin, dan Mangantar Simantunjak. Teori mentalis ini juga dikenali sebagai Koda Kognitif atau Innatis. Teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Hal ini berlaku apabila seseorang menerima bahan dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan pancaindera lain. 



3.Teori Kognitif (Piaget)


Aliran pemikiran kognitif bersifat mentalis yang cuba menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang betul atau sebenar. Pengetahuan merupakan pemikiran manusia dan bukan latihan pancaindera. Aliran ini berpendapat bahawa bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan rangsangan daripada pancaindera. 

Aliran kognitif ini menerangkan ciri-ciri kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif pada setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia. 


4.Teori Interaksionalisme (Halliday)

Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli pemikiran terkenal yang terlibat dalam aliran ini ialah Mark Halliday. Oleh hal demikian, teori ini dikenali sebagai teori Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain teori interaksionalis ini ialah Bloom, Bowemen, dan Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan penguasaan bahasa. Oleh hal demikian kerana kebolehan kognitif sahaja yang membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. 

Teori ini berpendapat kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan tepat. 


5.Teori Konstruktivisme
Mengambil pandangan daripada teori kognitivisme, maka wujudlah teori konstruktivisme iaitu cara manusia belajar bahasa. Melalui teori ini, pengetahuan seseorang kanak-kanak atau individu dibina secara aktif oleh kanak-kanak atau individu melalui daya pemikirannya.Kanak-kanak atau individu yang tidak menerima dan menyerapkan secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, tetapi mereka akan menyesuaikan segala maklumat baharu yang diterimanya  dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu dalam mindanya. 

Pengetahuan yang baharu diperoleh adalah kesan daripada interaksi sosial bersama-sama dengan rakan-rakan dan guru-gurunya. 

Sedikit sebanyak maklumat penting mengenai Teori Pemerolehan Bahasa...
En Amir Hamzah,
Jabatan Pengajian Melayu IPGKDRI..

1 comments:

AfiffMS on 11 December 2011 01:12 said...

Terima kasih En Amir. Banyak lagi saya kena baca dan cari info pasal Teori Pemerolehan Bahasa nie.

Post a Comment

 

My Blog List

Term of Use

BMM 3103 BMM 3117 Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon blogger template for web hosting Flower Image by Dapino