A. Pengujian
Dalam konteks pendidikan, pengujian dijalankan untuk mengukur prestasi pelajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah Menurut Bashah ( 2006) pengujian digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian ( maklumat )sistematik dimana tugasan itu diandaikan representative ( mewakili ) bagi trait pendidikan atau atribut yang hendak ditentukan.
B. Pengukuran
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu. Manakala menurut Bashah (2006), pengukuran dalam erti kata lain ialah langkah menentukan tahap sejauh mana sesorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
C. Penilaian
Dari sudut pengajaran, penilaian boleh menentukan status sesuatu objek yang dinilai itu dengan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria untuk membuat keputusan. Penilaian merupakan pertimbangan atau membuat keputuan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda.
Di samping itu, penilaian yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data.
Selain itu, penilaian dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai dan membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
D. Perkaitan Antara Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian
Kita dapati bahawa ketiga-tiga elemen atau aspek di atas saling berkait. Perkaitan ini dapat dilihat dalam proses yang berlaku pada setiap peringkat pengukuran, pengujian dan penilaian. Contohnya:
Kemahiran yang terlibat : Matematik ( penambahan ) | ||
Aktiviti Pengukuran | Aktiviti Pengujian | Aktiviti Penilaian |
Guru menyediakan instrumen untuk mengukur kebolehan murid dalam subjek Matematik. Skala ditentukan. | Instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis. Soalan dibina, diajukan dan dimarkah. Terdapat arahan soalan, butiran dan skima pemarkahan. | Setelah mendapat data. Maka guru membuat pertimbangan mengenai pencapaian murid. Langkah diambil hasil dari data tersebut. |
( Razali Ismail, 1993 )
Insyallah..
0 comments:
Post a Comment