Saturday 23 July 2011

Teori Pemerolehan Bahasa BMM 3117


Teori Pemerolehan Bahasa


Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu. Sama ada bahasa pertama atau pun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi setelah melalui beberapa proses yang sistematik. Pemerolehan bahasa pertama terjadi ketika kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bagi kali pertama. 



Jikalau kanak-kanak itu menguasai satu bahasa, kanak-kanak itu disebut ekabahasawan. Sedangkan, jika kanak-kanak itu memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya kanak kanak-kanak itu disebut dwibahasawan.






Teori Huraian Bahasa BMM 3117


Teori Huraian Bahasa
Terdapat banyak teori bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik semasa dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis. Teori-teori ini berbeza antara satu sama lain kerana ia dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat ketika zaman itu. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran. Penerangan ini untuk menentukan bahan pengajaran dan prosedur mengajar. Bahan dan prosedur pengajaran inilah yang digunakan untuk menyampaikan tajuk atau isi pelajaran. 



Jenis Penilaian BMM 3103


Terdapat beberapa jenis penilaian,antaranya ialah:

1.Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina olehguru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk  pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.


Jadual Spesifikasi Ujian (JPU) BMM 3103


Sebelum sesuatu ujian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentu ujian (JPU) mestilah dibentuk terlebih dahulu JPU atau lebih dikenali kini sebagai JSU merupakan satu blue print ujian yang perlu dibina. JSU dibina hanya setelah menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.



Taksonomi Bloom (BMM 3103)


TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Terdapat tiga bidang besar yang menjadi tujuan pendidikan dalam taksonomi ini ialah:
            (a)       Bidang kognitif
            (b)       Bidang afektif
            (c)       Bidang psikomotor



Konsep Penilaian( BMM 3013 )


A.  Pengujian
Dalam konteks pendidikan, pengujian dijalankan untuk mengukur prestasi  pelajar  dalam  pelbagai  mata pelajaran  di sekolah  Menurut  Bashah  ( 2006)  pengujian  digunakan  untuk   mendapatkan  satu   pemerhatian ( maklumat )sistematik dimana tugasan itu diandaikan  representative ( mewakili ) bagi  trait  pendidikan atau atribut yang hendak ditentukan.



 

My Blog List

Term of Use

BMM 3103 BMM 3117 Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon blogger template for web hosting Flower Image by Dapino